Sunday, April 15, 2012

Starting the Day 2 - Seoul (8 Feb 2012)

Biasanya akulah orang pertama yang bangun bila melancong bersama kawan-kawanku. Tapi kali ini, Haida, sepupuku pula yang mengantikan tempatku. Pukul 6 pagi, dia dah bangun, mandi dan bersiap-siap. Kami bersarapan dengan bekal yang dibawa dari rumah. Air panas, kopi & teh disediakan oleh pihak hostel. Cuma perlu turun ke lobby untuk mendapatkannya. Selepas sarapan, kami pun duduk di lobby hostel sambil menunggu Reen dan kengkawan yang lain. Janjinya pukul 8 pagi nak mulakan perjalanan tapi tunggu punya tunggu dorang tak siap lagi. Daripada membuang masa kami bertiga pun bergilir-gilirlah gunakan komputer yang disediakan diruang lobby tersebut. Sempat juga bertanya itu-ini dengan mamat korea dikounter reception mintak tips. Tak sia-sia masa kami menunggu sebab dapat penerangan yang agak detail dari mamat Korea tu.

Mamat Korea tu juga bagitau yang di Seoul Backpackers ni, kita boleh sewa tiket T-Money dari mereka dengan harga KRW5000. Tiket ini boleh digunakan untuk menaiki keretaapi subway, bus, taxi dan juga untuk memberi barangan di Family Mart. Kalau di Singapura, kita gunakan EZ-Link card, di Malaysia gunakan Touch & Go, di Korea pula, mereka gunakan T-Money. So tak perlulah kami ke kounter Subway untuk beli kad T-Money tu. Hanya perlu top-up wangnya sahaja untuk perjalanan kami. Di hari terakhir kami cuma perlu ke kounter subway untuk dapatkan semula wang yang belum terpakai dan kembalikan semula kad T-Money itu di Seoul Backpackers untuk dapatkan semula wang pengdahuluan KRW 5000 tadi. Malam kami tiba tu tak sempat nak explain agaknya. Aku juga sewa adapter dari dorang. Aku ada bawak universal adapter tapi tak boleh guna pulak. Benggong! Tak universal lah juga rupanya adapter yang aku beli tu.. Harga deposit sewa cuma KRW5000. Bila pulangkan, dapat duit tu balik.. Lega rasa hati sebab dapatlah charge iphone and battery camera bila balik malam tu..





Dan perjalanan hari ke 2 bermula dari Haehyeon Subway, 5 min berjalan kaki dari Seoul Backpackers Hostel dimana kami menginap selama di Seoul.

Rencana hari ke 2:-
- Gyeongbukgong Palace
- Tapgol Park di Insadong (Nak beli tiket bus shuttle & ferry ke Nami Island)
- Dangdaemun Market (Nak cari kedai ikan bakar)
- Namdaemun Market (Shopping)






Top up T-Money Kad untuk tambang subway




Dalam Subway, menunggu keretapi tiba..





Pintu gerbang di Gyeongbuk Subway Station..



Baca tentang perjalanan selanjutnya di update yang lain :)

Day 2 - Pintu masuk ke Gyeongbokgung Palace, Seoul (8 Feb 2012)

Perjalanan kami untuk hari ke 2 tu bermula dari Haehyeon Subway Station yang letaknya cuma 5 minit dari Seoul Backpackers Hotel, ke Gyeongbokgung Station, line 3, exit 5.Perjalanan kami untuk hari ke 2 tu bermula dari Haehyeon Subway Station yang letaknya cuma 5 minit dari Seoul Backpackers Hotel, ke Gyeongbokgung Station, line 3, exit 5. Tak susah mencari Gyeongbokgung Palace dari Station ni














Waktu beroperasi Gyeongbokgung:
Bulan March hingga October : 9am hingga 6pm
Bulan November hingga February : 9am hingga 5pm
Dibuka sehingga 7 malam setiap Sabtu dan Ahad dan Cuti Umum di bulan May, June, July dan August.
Kounter ticket ditutup sejam sebelum tamat masa beroperasi.
Museum ditutup setiap hari Selasa.
Bayaran Masuk:
Dewasa 19 hingga 64 tahun: KRW3,000 seorang / KRW2,400 untuk kumpulan 20 orang atau lebih
Kanak-kanak 7 hingga remaja 18 tahun: KRW1,500 seorang / KRW 1,200 untuk kumpulan 10 orang atau lebih

Day 2 - Gyeongbokgung: Changing of Guards Ceremony

Sewaktu kami hendak masuk, terdengar bunyi gendang dan ramai orang berkejaran di luar pintu pagar istana. Rupa-rupanya ada “Changing of Guards Ceremony”. Acara penukaran hulubalangan istana ini diadakan setiap hari (kecuali hari Selasa) diantara jam 10 pagi hingga 3 petang. Kami pun joinlah sekakilah gi tengok. Sempat juga bergambar dengan “abang-abang gagah” tu..















Day 2 - Gyeongbukgong - Seoul (8 Feb 2012) Part III

Setelah itu, olehkerana cuaca hari tu sangat sejuk, kami pun menunggu English Tour Guide di dalam pejabat berdekatan pintu masuk Heungryemun Gate. Jika anda mahukan perkhidmatan percuma ni, anda perlu berada di situ diwaktu-waktu yang sudah ditetapkan iaitu jam 9:30 pagi, 12:00 tengahari, 1:30 petang dan 3:00 petang. Tour guide yang bertugas akan membawa anda berjalan sambil menerangkan fakta-fakta mengenaiIstana Gyeongbok tu selama anggaran 1 jam. Tapi be prepared! Sebabnya aku ingatkan aku sorang je yang tak faham apa yang diterangkan oleh English tour guide kami tu. Bila aku pandang muka kawan-kawan lain, semuanya sama sahaja – penuh tanda tanya! Bukannya apa, dia bercakap dalam bahasa English dalam lenggok bahasa Korea. Pada mulanya aku ingatkan kita dah tersalah guide. Tapi memandangkan ada beberapa orang mat salleh dalam group kami, memang confirmlah dia bercakap dalam bahasa English. Kami mengambil masa yang agak lama jugalah & mendengar dengan teliti untuk faham apa yang cuba dia sampaikan! Hehehe


Sungai buatan manusia, tanda yang memisahkan kawasan larangan istana




Di perkarangan istana




Tanda kedaulatan istana








Mendengarkan penjelasan dari English Tour Guide




Patung monyet dan naga di bumbung untuk "menjaga kuasa jahat" dari memasuki istana





Cowong asap
Dibina pada tahun 1456, Tasek Hyangwonji terletak dipinggir taman Istana Gyeongbokgung. Bangunan di tengah-tengah tasek ini ialah tempat dimana acara-acara jamuan khas istana diadakan.

Air di Tasek Hyangwonji yang sudah membeku..

Salji

Day 2 - Gyeongbokgung - Seoul (8th Feb 2012) Part IV

Kawasan Istana memang sangat luas. Ada juga sebuah Museum di dalam kawasan Istana. Disitu ada sebuah cafeteria, tempat kami berhenti berehat sambil minum Hot Chocolate and makan kek kukus yang dibekalkan oleh Liza, kawan kami yang tidak dapat turut bersama ke Korea. Hanya kek buatannya sahaja yang ikut bersama kami. Thanks Liza!! Maaf tak sempat amik gambar kek tu.. hehe











Jambatan Chui Hyanggyo

Tasek Hyangwonji
& Jambatan Chui Hyanggyo








Tasek Hyangwonji
Tasek HyangwonjiTasek HyangwonjiTasek Hyangwonji









Patung-patung tahun lunar. Kami berdua dari tahun Tikus!






















Jam Istana yang berdasarkan sinaran matahari





Gendang ini akan dipukul semasa acara pertukaran hulubalang istana









Last pose sebelum keluar dari Gyeongbukgung Palace