Saturday, April 7, 2012

Hari Pertama (Selasa, 7 February 2012)

Hari yang dinanti-nanti pun tiba. Haida datang bersama teksi sekitar 4.30 pagi untuk membawaku ke Airport. Seawal jam 5 pagi, kami dah tiba di Changi Airport. Ramai juga orang di Airport waktu-waktu begitu. Semuanya dengan muka-muka tak cukup tido, termasuklah kami berdua! Olehkerana kami dah buat web check-in seminggu lebih awal, kami cuma perlu hantar luggage untuk dicheck-in dikounter. Mata pun hilang mengantuk bila saja melepasi kounter pemeriksaan passport. Hati dah melonjak girang tapi perut harus diisi dulu. Aku takut kedai makan di LCCT belum bukak lagi masa kami sampai nanti. Lagipun rasanya aku nak tido jer bila transit di KL nanti. Sebab kami ada masa 6 jam berbelum berangkat ke Incheon. Sarapan yang simple jer pagi-pagi buta itu di Burger King. Lepas makan, kami pun ke gate untuk berlepas. Sempat singgah sekejap di komputer free web access yang disediakan disitu untuk update status check-in di Facebook. Saja jer kasi kengkawan lain jeles!! Hehehe!

Jam 7.30 pagi kami pun berlepaslah dan sampai di LCCT Kuala Lumpur sejam kemudian. Hajat untuk tido di LCCT sementara menanti jam 2.30 petang, terbantut bila kami ternampak papantanda yang menunjukkan terdapat wifi percuma di kawasan menunggu. Apalagi, masuk lagi ke Facebook untuk update status sambil check update terbaru kengkawan. Bila dah penat, baca novel pulak. Begitulah bergilir-gilir sampai battery i-phone hampir flat. Terpaksa cari point untuk recharge i-phone. Kami bernasib baik bila tiba di port untuk charge handphone sebab kami dapat tempat yang selesa dan dapat tarik kerusi untuk duduk bertentangan iphone kami. Orang-orang lain yang juga sedang charge handphone mereka disekeliling tiang itu, terpaksa berdiri sahaja. Ada juga point-point yang rosak tapi belum sempat diperbaiki oleh pihak pengurusan. Ramai yang kecewa sebab tak dapat charge handphone mereka.
Selepas battery dah penuh, kami kembali ke tempat menunggu di gate untuk kami berlepas. Jenuh juga menunggu dari pagi. Haida sempat juga melelapkan mata. Tapi mataku terbeliak saja tak boleh nak lelap pun. Aku ternampak Isma Liza, seorang kenalan baru di Facebook kerana kebetulan kami akan menaiki kapalterbang yang sama. Gembira sangat dapat bersembang dengannya sebelum berangkat. Macam kenalan lama aje! Sementara itu, kengkawan aku yang lainnya yang sepatutnya berangkat bersama, tidak pula nampak batang hidung mereka. Sampaikan bila sudah tiba masa untuk melepasi gate untuk ke landasan, barulah nampak mereka. Leganya hati..
Naik jer kapalterbang, belum pun take off, aku dah tertido. Mengantuk sangatlah tu. Penerbangan memakan masa 6 jam untuk sampai ke Incheon. Bangun je dari tido setelah beberapa jam dalam penerbangan tu, sempat pula berkenalan dengan “Minah Korea” yang duduk bersama kami. Eunyoung Lee namanya. Dia dan rakan-rakannya hendak pulang dari melancong di Kuala Lumpur. Seminggu sebelum itu, mereka telah ke Singapura. Dia lebih suka melawat Kuala Lumpur sebab harga barangan di Singapura sangat mahal. Terutamanya air minuman. Katanya di Korea, air minuman tidak perlu dibeli. Bawa saja botol kosong and isi dimana-mana water-cooler yang terdapat disekitar Seoul. Hah dapat 1 tips!
~Aku, Haida & Eunyoung Lee dalam penerbangan ke Incheon~
Jam 9.45 malam, tibalah kami di Incheon Airport. Kami mendarat 15 minit lebih awal dari jadual Kami pun terus ke tandas untuk memakai long john dan down jacket sebelum ke immigration clearance. Keluar dari tandas, tercari-cari dimanakah rakan-rakan yang lain. Cuak jugak sebab kami (aku dan Haida) cuma tinggal berdua saja di situ. Tawakal kami pun berjalan mencari immigration. Rupa-rupanya kami harus menaiki train untuk ke terminal satu lagi untuk immigration clearance disitu. Lega rasa hati bila ternampak rakan-rakan sudah pun beratur menunggu giliran. Selepas amik luggage masing-masing, hatipun begitu teruja. Dari sebelum subuh, aku dah keluar rumah dan akhirnya tiba juga di bumi Korea. Alhamdullillah...
Dua buah taxi limo sudah pun sedia menanti untuk membawa kami ke Seoul Backpackers Hostel, dimana kami akan menginap sepanjang di Seoul. Harga sebuah taxi ialah KRW75,000. Ketika melangkah keluar dari Incheon Airport, aku tergamam sebentar pabila angin sejuk menyapa pipiku memberi ucap Selamat Datang. Hampir beku rasanya pipiku saat itu. Sejuk!! Terlalu sejuk!!! Walaupun tubuhku dah berlapis-lapis berpakaian tebal tapi pipiku masih berbogel tanpa seurat benang. Mana tak terasa beku!! Anjussi taxi limo memanggil kami untuk cepat berjalan dan masuk ke dalam kereta sebab suhu ketika itu memang terlalu sejuk, ditambah pula dengan angina yang bertiup kencang. Fuhhh lega rasa bila dah duduk dalam kereta yang dipasang heater. Sepanjang perjalanan dalam taxi memang terujalah memerhatikan pemandangan di bumi Korea. Memang tak sangka aku akan sampai juga ke sini..

Sejam kemudian kami sampai di Seoul Backpackers Hostel di 205-125, Namchang-Dong, Jung-Gu, Seoul. Selepas check-in, kami pun masuklah ke bilik masing-masing. Aku, Haida & Hanis kongsi bilik bersama. Sementara Reen berkongsi dengan Kak Yon dan Fara berkongsi dengan Aishah. Harga bilik di Seoul Backpackers Hostel ni ialah KRW60,000 setiap satu malam untuk double bed. Extra bed pula tambahan KRW15,000 setiap satu malam, dengan sekeping tilam, selimut, bantal & tuala mandi disediakan. Biliknya agak kecil tapi selesa. Cukup-cukuplah untuk kami bertiga dan tiga luggage. Ada tandas di setiap bilik. Untuk KRW 25,000 seorang, memang kami berpuas hatilah..
~Yang ni wall paper kat bilik aku, Haida & Hanis..~
~Yang ni bilik Reen & Kak Yon.. Sama je cuma wallpaper je yang lain..~
~Nilah tingkap kecil dibilik kami.. Jangan dibuka masa musim salji begini.. Beku lu orang beb!!~

Olehkerana kepenatan, kami batalkan saja hajat untuk keluar bershopping di Namdaemun Market yang berdekatan pada malam itu. Lagipun cuaca tersangat-sangatlah sejuk diluar. Duduk di lantai bilik kami sudah sedia terpasang heater, memang seronok. Kami siapkan pakaian untuk
dipakai keesokkannya sebelum masing-masing rehatkan badan dan lelapkan mata..

No comments:

Post a Comment