Aku rindu..pada tangga serambi
yang menyeronokkan zaman kanak-kanakku..
Rindu pada ladang getah
yang dulu aku rentasi dengan berlari dimalam hari
bersama Inah dan Kak Leha
kerana takut ada Cik Pon yang menanti kami..
Aku rindu
pada zaman itu di Paya Keladi..
Aku rindu..
pada kedamaian kampung
bila berada dihiruk-pikuk bandar ini
Rindu pada zaman kanak-kanak
yang tidak perlu memikirkan masalah
Rindu pada kasih-sayang arwah Mak Long
yang membelaiku bagai sang Puteri
Aku rindu pada zaman itu di Paya Keladi..
Aku rindu..
pada batas sawah dibelakang rumah
tempat aku berlumba lari
siapa dulu yang tiba dikedai Mat Misai dihujung bendang
Rindu pada batas sawah dibelakang rumah
tempat aku melihat kanak-kanak lelaki
asyik menangkap ikan di kali
Rindu pada batas sawah dibelakang rumah
tempat aku melepaskan pandangan menghijau jauh
Aku rindu pada zaman itu di Paya Keladi..
Saat rindu ini bertandang
zaman telah jauh berlalu meninggalkan aku
Paya Keladi turut berubah mengikut arus waktu
hanya kenangan itu terpahat lekat dimindaku..
Nukilan Hati,
Mawar Hijau
27 June 2011


No comments:
Post a Comment