Sunday, April 15, 2012

Starting the Day 2 - Seoul (8 Feb 2012)

Biasanya akulah orang pertama yang bangun bila melancong bersama kawan-kawanku. Tapi kali ini, Haida, sepupuku pula yang mengantikan tempatku. Pukul 6 pagi, dia dah bangun, mandi dan bersiap-siap. Kami bersarapan dengan bekal yang dibawa dari rumah. Air panas, kopi & teh disediakan oleh pihak hostel. Cuma perlu turun ke lobby untuk mendapatkannya. Selepas sarapan, kami pun duduk di lobby hostel sambil menunggu Reen dan kengkawan yang lain. Janjinya pukul 8 pagi nak mulakan perjalanan tapi tunggu punya tunggu dorang tak siap lagi. Daripada membuang masa kami bertiga pun bergilir-gilirlah gunakan komputer yang disediakan diruang lobby tersebut. Sempat juga bertanya itu-ini dengan mamat korea dikounter reception mintak tips. Tak sia-sia masa kami menunggu sebab dapat penerangan yang agak detail dari mamat Korea tu.

Mamat Korea tu juga bagitau yang di Seoul Backpackers ni, kita boleh sewa tiket T-Money dari mereka dengan harga KRW5000. Tiket ini boleh digunakan untuk menaiki keretaapi subway, bus, taxi dan juga untuk memberi barangan di Family Mart. Kalau di Singapura, kita gunakan EZ-Link card, di Malaysia gunakan Touch & Go, di Korea pula, mereka gunakan T-Money. So tak perlulah kami ke kounter Subway untuk beli kad T-Money tu. Hanya perlu top-up wangnya sahaja untuk perjalanan kami. Di hari terakhir kami cuma perlu ke kounter subway untuk dapatkan semula wang yang belum terpakai dan kembalikan semula kad T-Money itu di Seoul Backpackers untuk dapatkan semula wang pengdahuluan KRW 5000 tadi. Malam kami tiba tu tak sempat nak explain agaknya. Aku juga sewa adapter dari dorang. Aku ada bawak universal adapter tapi tak boleh guna pulak. Benggong! Tak universal lah juga rupanya adapter yang aku beli tu.. Harga deposit sewa cuma KRW5000. Bila pulangkan, dapat duit tu balik.. Lega rasa hati sebab dapatlah charge iphone and battery camera bila balik malam tu..





Dan perjalanan hari ke 2 bermula dari Haehyeon Subway, 5 min berjalan kaki dari Seoul Backpackers Hostel dimana kami menginap selama di Seoul.

Rencana hari ke 2:-
- Gyeongbukgong Palace
- Tapgol Park di Insadong (Nak beli tiket bus shuttle & ferry ke Nami Island)
- Dangdaemun Market (Nak cari kedai ikan bakar)
- Namdaemun Market (Shopping)






Top up T-Money Kad untuk tambang subway




Dalam Subway, menunggu keretapi tiba..





Pintu gerbang di Gyeongbuk Subway Station..



Baca tentang perjalanan selanjutnya di update yang lain :)

No comments:

Post a Comment